dianadzul

Sunday, October 31, 2010

ANTARA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Zaman sekarang ni tugas dan tanggungjawab suami dan isteri lebih kurang sama je. Tapi yang peliknya ada segelintir lelaki yang masih konservatif dan berfikiran jumud dalam mengkelasifikasikan tanggungjawab isteri dan tugas isteri.

Adalah menyedihkan, ada di kalangan kita terutama orang-orang melayu, masih berfikiran tugas isteri adalah melayan suami dan membuat kerja rumah. Tapi adakah si suami pernah terfikir bahawa isteri juga bekerja seperti suami? keluar rumah seawal 7.15 pagi dan pulang rumah selewat 6 petang dan kadang-kadang 5ptg. terdapat juga golongan suami yang pulang awal seawal jam 2petang.

Persoalannya, adakah wajar bagi si isteri setibanya di rumah dia terus menjenguk dapur, mesin basuh dan ampaian baju untuk melengkapkan kehidupan harian suami, yang mana ketika itu suami sibuk melayari internet, bermain game dan menonton tv mahupun movie?. Sekiranya isteri gagal berbuat demikian, maka terpacullah kata-kata berikut dari mulut si suami : "U tak takut ke kalau i cari orang lain?" ataupun "kalau susah sangat nak buat kerja rumah ni, bolehla i carikan 'teman' untuk i dan U... xla susah sangat kan ?". sampai macam tu sikap si suami terhadap isteri, tanpa bertanyakan akan kehidupan seharian yang dilalui oleh si isteri ditempat kerja.

Walhal, diikutkan bebanan kerja di semua tempat lebih kurang sama je. Kerja isteri di tempat kerja sama tekanannya di tempat kerja suami.kalau nak diikutkan, isteri pun mencari nafkah untuk keluarga. gaji pun lebih kurang je. jadi, di manakah letaknya keprihatinan suami terhadap isteri. isteri juga mempunyai tugas yang perlu digalas di rumah dan di tempat kerja. sepatutnya, dalam hal ini, tidak perlu ade lagi lagi label bagi isteri itu tempatnya di dapur, ampaian baju mahupun bilik mesin basuh. Sepatutnya juga beban dan tanggungjawab ini perlulah di pikul bersama oleh suami.

kesimpulannya, siapa sebenarnya yang kena banyak berkorban untuk keluarga? suami atau isteri? atau suami hanya nak hidup selesa je dengan apa yang disediakan oleh isteri...?? renungkanlah...

No comments:

Post a Comment