dianadzul

Sunday, October 31, 2010

BAHASA ARAB oh BAHASA ARAB

Sedang saya memeriksa kertas Bahasa Arab tingkatan satu ni, melayang pulak otak zaman belaja kt uni dulu... Mase undergrad... Hahaha.. Sangat lucu.. Selalu xsiapkan kerja, lepas tu... Sementara tggu ustaz / ustazah kelam kabut pinjam buku kat member yang dh siap. Antara mereka yang berjasa, k.enna, zizi, zanita, k.long, tipah, ely, suhail, siti, dll... Haih... Sgt rindukan saat2 blaja mase undergrad dulu... Byk benda gila dan sewel yg kami lakukan... Hahaaha... Kebanyakan mereka kini mnjadi guru jqaf yang berkaliber dan berjaya... Credit to them....

Sebenarnya bahasa arab ni xla susah mane pun... Ironinya, kita baca Quran hari2, dah biasa dgn kalimah2 Arab...maka, agak mustahillah jika kita xdapat menghayati pembelajaran bahasa Arab tu.. at least, sebut kena la betul...

ni budak2 ni ... penat dah ajar 4 bulan nk buat ayat, tu pun ade yang xreti2 gak.. banyak makan semut ape..?? haa...letih betul lah.... ade yang nk kna tolak markah ni... siap korang!!!

\/(^.-)~

ADIK-ADIKKU


malam-malam saje je nak meringankan minda dengan menulis perihal adik-adikku yang macam-macam perangainya... ditakdirkan, saya mempunyai 3 orang adik perempuan yang masing2 berbeza karakternya dan setiap karakter mewakili 1 ladang farmville yang perlu ditengok selalu... hahaha.. berikut adalah kisahnya:

adik pertama:
beliau diberi nama NUR HIDAYAH BINTI DZULKIFLY... hahaha.. nama ayah dia lain... tp dia tetap anak hj DZULKIPLY. ntah macam mane nurse yang tulis nama tu x tengak betul2 nama ayah kitaorang time daftarkan surat beranak dia.. hahaha.. kitaorang panggil dia hidayah je... tapi dia bahasakan diri dia kat kawan2 yayayoyo.. whateverla...hidayah ni lahir pada 05 disember 1986... 2 tahun selepas saya dilahirkan... dan sekarang, pada waktu ini umurnya hampir 24 tahun.

karakter dia,dia ni seorang yang kedekut. sopan sikit cakap penjimat orangnya.... huhuhu, tapi bab tibai harta orang dia la yang paling handal... memamg cekap.. boleh dikatakan dia adalah antara anak hj Dzul & hjah Munah yang genius selain saya..hahaha.. memang dari kecik dia belajar pandai... xdinafikan tu

dia ni sensitif sangat orangnya..sikit2 ciwek (nangis)... orang gaduh tinggikan suara, dia gaduh.. nangis.. tinggi suara sikit nangis... hahaha.. itulah adikku yang senget,...

Alhamdulillah.. sekarang dia sedang menuntut di tahun akhir di Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia... bidang kedoktoran... xlama lagi jadila doktor...

tapi dia masih single &availabel... saya sedang mencari jodoh yang sesuai untuknya... sampai sekarang x jumpa lagi... "hidayah, sila cari orang yang senonoh ye untuk melayari bahtera rumah tangga dengan kau... aku sangat risau!"...kakakmu... di atas adalah hidayah yang dimaksudkan tu..hehehe:)

bersambung......

GEBANG KENCANG

Pelikkan dan uniknya kehidupan ni... ada macam2 jenis manusia. yang paling teruk tu, ada yang suka cakap besar.. bila sampai masanya, ape pun xda. cakap macam duit berbillion2 dalam akaun. belajar tak tinggi mana tapi mengaku masuk universiti. nak glamour punya pasal lah katakan. ala... hidup ni platform je utk akhirat, buakn kita nak hidup selama2nya. hentikanlah lakonan anda itu.

satu hal lagi, cakap xnak kalah. orang pakai baju cantik, dia pun nak jugak. orang duduk rumah mewah, dia pun nak jugak... tapi malangnya, semua tu palsu. lepas tu mngendeng2 kat orang, tunjuk sangat yang dia lebih hebat... ha.. ambiklah!! ade aku kesah?!! hahaha..

bila nak susah, cari orang.. bila senang cakap besar. yang best tu.. bila senang, terus belagak, x serapat seperti dahulu... hahaha... orang2... baik aku main dengan kucing lagi bagus dari melayan orang sewel yang takde identity seperti ini...

salam 1 Malaysia.. :)

ANTARA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Zaman sekarang ni tugas dan tanggungjawab suami dan isteri lebih kurang sama je. Tapi yang peliknya ada segelintir lelaki yang masih konservatif dan berfikiran jumud dalam mengkelasifikasikan tanggungjawab isteri dan tugas isteri.

Adalah menyedihkan, ada di kalangan kita terutama orang-orang melayu, masih berfikiran tugas isteri adalah melayan suami dan membuat kerja rumah. Tapi adakah si suami pernah terfikir bahawa isteri juga bekerja seperti suami? keluar rumah seawal 7.15 pagi dan pulang rumah selewat 6 petang dan kadang-kadang 5ptg. terdapat juga golongan suami yang pulang awal seawal jam 2petang.

Persoalannya, adakah wajar bagi si isteri setibanya di rumah dia terus menjenguk dapur, mesin basuh dan ampaian baju untuk melengkapkan kehidupan harian suami, yang mana ketika itu suami sibuk melayari internet, bermain game dan menonton tv mahupun movie?. Sekiranya isteri gagal berbuat demikian, maka terpacullah kata-kata berikut dari mulut si suami : "U tak takut ke kalau i cari orang lain?" ataupun "kalau susah sangat nak buat kerja rumah ni, bolehla i carikan 'teman' untuk i dan U... xla susah sangat kan ?". sampai macam tu sikap si suami terhadap isteri, tanpa bertanyakan akan kehidupan seharian yang dilalui oleh si isteri ditempat kerja.

Walhal, diikutkan bebanan kerja di semua tempat lebih kurang sama je. Kerja isteri di tempat kerja sama tekanannya di tempat kerja suami.kalau nak diikutkan, isteri pun mencari nafkah untuk keluarga. gaji pun lebih kurang je. jadi, di manakah letaknya keprihatinan suami terhadap isteri. isteri juga mempunyai tugas yang perlu digalas di rumah dan di tempat kerja. sepatutnya, dalam hal ini, tidak perlu ade lagi lagi label bagi isteri itu tempatnya di dapur, ampaian baju mahupun bilik mesin basuh. Sepatutnya juga beban dan tanggungjawab ini perlulah di pikul bersama oleh suami.

kesimpulannya, siapa sebenarnya yang kena banyak berkorban untuk keluarga? suami atau isteri? atau suami hanya nak hidup selesa je dengan apa yang disediakan oleh isteri...?? renungkanlah...