25 tahun hidup... tapi masih belum berjumpa dengan insan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup... pelbagai orang, ragam, rupa, bentuk badan dll telah ditemui.. namun xjugak-jugak rase berdebar... hurm ade calon mak-ayah reject... ade yang mak ayah berkenan, tp hati xberkenan pulak...
Tiba bulan Disember 2008, melalui SMS kami berhubung... sebenarnya hati dah tahu dia pasti akan menghubungi aku. Melalui bapa saudaraku, teman sekerjanya segalanya bermula. Hati masa tu malas nak bercinta-cinta... setelah seminggu berSMS, dengan berlagaknya aku tanya.. "awak ni nak kawan je ke dengan saya, atau ade hasrat untuk mencari isteri... seterusnya menjadikan saya ni calon isteri... saya bukan ape... saya ni dah penat nk bercinta, klu lelaki dan perempuan tu berkawan agak mustahil tak berputik cinta dalam hati.. tu sebab saya tanya ni... senang nak setting mode samada kawan sahaja atau plan nk kahwin... kan baik sekiranya satu2 perhubungan itu mempunyai matlamat untuk ikatan yang suci"...hehehe.. agak strict sikit kut aku mase tu..huhuhu... 2 minggu lepas tu... dia bg keputusan yang menyatakan bahawa "ok... setelah saya fikirkan masak2... saya setuju untuk menSet kan niat berkawan dengan awak untuk berkahwin... fuh!!!! " sambil menghela , seolah2 bary lepas bebanan... hehehe
Maka, seminggu kemudian 21 Disember 2009, bermulalah sesi jumpa 'muka ke muka' hehehe... mase tu macam2 rasa... sebab dah luah kata2 cinta masa dalam fon...cinta ekspress.. hehehe.. 1st date je, aku dah suruh buat macam2.. mase tu family aku baru dalam proses berpindah dari shah alam ke KL... aku telah mengarahkan dia untuk mengangkat barang2 ku dari shah alam ke KL.. huhuhu... ahaks.. kerana kasih, diturutkan lah jugak.... yang bestnya mase tu dia bagi aku teddy bear sebesar aku...hahaha namanya "George"... ada lagi George tu sampai sekarang... hehehe....
Seminggu kemudian, dia ikut aku balik kampung... mase tu kenduri sepupu aku di Simpang Lima, kemudian terus kami balik ke Manjung. Di Manjung, dia telah melamar or known as merisik aku melalui mak ayah aku.. senang je dialog dia bagi kat parents aku secara berani matinya.. hehehe... "saya ni nak sampaikan hajat hati saya sendiri... saya ni nak kawan dengan Diana sampai kawin" .... mak ai... sonyap terus parents aku dgn statement berani mati dia... hahaha.. terus mak aku panggil aku tanya, samada aku setuju ke tidak... hehehe.. senang je statement aku "klu mak ayah ok ... ana pun ok.. begitulah sebaliknya" chewah... hehehe... Mase tu mak tanya, rancang nak bertunang bila.... dengan lajunya dia bagitahu "rasanya2 dalam bulan Mac" .. ternyata mak aku kurang setuju, sbb mak suruh dia kenal hati budi aku dan tahan dengan kerenah aku ... baru boleh bertunang... mak terlalu kritikal bab2 hal nikah kahwin ni.. maklumla.. mak pentingkan adat.. xsuka tergopoh gapah....maka keputusan secara jamaah telah dilaksanakan... tunang bulan Jun 2009.
Sepanjang tempoh nk bertunang tu, terdapat jugak mehnah dan tribulasi nya.. tapi minor je.. xla sesuperb lepas tunang...jadi pada 31 Mei 2009 (xpun dlm bulan Jun--- kes xsabar sgt nk bertunang... hehehe) maka separuh kaki dah terikat kontrak utk kealam perkahwinan.. masa tu mulalah mehnah dan trubulasi yang pelbagai... ade yg cipta sendiri, ada yang datang sendiri..hahaha.. biasa la tu... dalam hidup mesti kena ada masalah .... macam firman Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"
Masa tu, kami nyaris2 nak putus tunang. biasa la , kenal xseberapa lama, tuptup bertunang.. proses nk kenal hati budi masing2 .... boleh dikatakan hari2 bergaduh.. operator pun malas nak dengar pekikan kami dalam fon.. hehehe.. sayang, sayang jugak, cinta, cita jugak, gaduh tu wajib.. dah mcam nmakan nasi dah..huhuhu.. so macam mana pun, kami lalui segala ujian dengan tabah hati dan dengan hati yang terbuka....
Maka, pada 18 Disember 2009... maka terikatlah hubungan suami isteri antara HAIL RIZAL RAWI dan NUR DIANA DZULKIPLY.... maka jadilah kami sepasang suami isteri sehingga kini...sambung plak masalah lain di topik yang lain... :)
hye kak diana.. nama blog kita sama la.. ada word "indah". hehe..
ReplyDeletebest jugak baca kisah enti ni ...hehe, sambunglah lagi cerita...pengajaran buat orng yg tak kawin lg...:)
ReplyDelete